Saturday 28 February 2015

Pengalaman Saya as Programming Student

Salam Guys,

Ok.Saya ini hendak share pengalaman saya as student programming.First saya akan explain kepada sesiapa yang masih baru lagi dengan pengaturcaraan/programming saya akan explain.Dimana dengan adanya ilmu pengaturcaraan ini korang boleh membina System/Apps.System Apa? Ha3 macam2 system korang boleh buat,contoh calculator,System pendaftaran,Applikasi mobile,game dan macam2.Tetapi hendak mencapai tahap itu adalah satu perkara yang mencabar sebenarnya.

Ada orang tanya,adakah belajar coding ini payah? Kalao anda minat tiada masalah.tetapi kepada yang sesiapa yang tidak minat,Cuba minat2kan.Biasanya student yang masih baru di dalam programming mereka tidak akan timbul rasa tidak minat pada programming.Diorang mula tidak minat programming apabila student tersebut tidak paham apa yang diorang belajar dan perkara itu berlaku berlarutan,contohnya anda kurang paham chapter 1,minggu depan blajar chapter 2,still kurang paham(sebab ade related dengan chapter 1),then minggu depan lagi satu belajar chapter 3,pun tidak paham sebab ade related ngan chapter 1 dan chapter 2).Itu adalah salah satu punca kenapa student tidak minat pada programming.Sekiranya perkara itu berlaku,cuba cari kawan2 yang boleh terangkan  coding tersebut dengan lebih jelas dan kalao still tidak paham google or bukan topic dekat forum.Apabila korang sudah paham,try buat coding tersebut.Programming nih korang tidak boleh paham concept je,korang still kene try write coding dia.Pahamkan betul2 concept dia.(macam belajar math).


Kebiasaanya pelajar lepasan SPM banyak ambil course ini tetapi tidak tahu apa yang diorang akan belajar dalam erti kata lain diorang tidak didedahkan dengan Course Programming ini.So,diorang main daftar je.(sape2 main ambil kite gang..ha3).Ada student main ambil tetapi boleh handle course ini dan ada juga yang terus benti belajar  then blajar course lain.Ada juga student yang tidak boleh handle course ini tetapi still sambung.Golongan yang last biasanya banyak mintak pertolongan kawan2.Tidak salah hendak mintak tolong kawan2,just pastikan korang paham apa yang korang buat tuh.

Adakah saya perlu bagus dalam subjek math untuk ambil course programming ini?Jawapan,tidak semestinya.Tetapi sekiranya anda bagus dalam math itu lebih baik.(math time spm saya ckup2 makan je..he3).

Boleh tak bagi tips hendak cemerlang dalam programming?
  • Minat!
  • Rajin cari masa untuk belajar programming.
  • Join group or Forum pasal programming.
  • Kalao korang rasa susah dekat satu bahagian,cuba paham kan,jangan tinggalkan nanti sampai bila-bila korang tidak akan paham.(tekanan? pi lepak or kuar makan ngan member2...then nanti sambung balik..he3).
  • Pergi library cari buku rujukan pasal programming.Still tidak paham?lolz..cari la buku lain pulak..ha3
  • Rajin cari lecturer,then tanye diorang pasal coding.(cari lecturer yg minat coding..insyaaallah diorang akan tolong pahamkan korang).

Sebenarnya saya ini bukan dari golongan yang minat programming.So time belajar buat tidak kesah pun pasal coding,asalkan lulus.Then selang beberapa semester(dekat final semester gak la),Baru rasa hendak belajar balik coding.So,saya start dari awal2 semester punya topic.(sbb memang tidak paham basic pasal coding),Lama-lama,alhamdulillah sudah paham yang basic2.Dengar macam sekejap sahaja paham tetapi makan beberapa bulan juga la sebenarnya.Slow2..lama2 boleh.So point saya bagi sesiapa yang sedang belajar coding untuk diploma/degree korang tidak terlambat untuk belajar coding.

Time kerja nanti banyak ke peluang pekerjaan dalam bidang programming?.Banyak jangan lah risau.Sekarang ini memang diperlukan sangat fresh2 graduate yang pandai programming untuk kerja ngan diorang.Aik bukan ke tiap2 semester banyak fresh graduate programming takkan masih banyak peluang pekerjaan?Ha3 itu lah masalah sekarang,banyak fresh graduate dalam bidang programming tetapi yang mohon kerja programming sikit.

Itu sahaja lah kot saya hendak share.Lupa hendak memperkenalkan diri saya,saya masih student Degree in Software Engineering.Sebelum ini belajar Diploma in Programming.Ilmu programming saya biasa2 sahaja,level student senang cite...he3.ok bye!

Abdul Qayyum Bin Isahak




3 comments:

  1. bro...ko u mana??aku pun programming gak...c...c++..oop

    ReplyDelete
  2. Klu sy bidang multimedia in degree, tpi sy minat sgt programming ni, klu sy apply kerja sebagai programmer or SE rasenya okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja,just pastikan prepare dulu.... pastikan boleh coding itu je. Kalau boleh cover basic coding,object oriented programming concept,sql(database) dah okey da.

      Delete